info melawat ke Ho Chi Minh, Vietnam.

PERHATIAN: informasi yang ditulis disini adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana badan atau syarikat yang terlibat. segala keputusan yang anda buat adalah atas dasar tanggungjawab anda sendiri dan kami tidak akan melayan sebarang aduan sekiranya informasi disini tidak tepat seratus peratus. terima kasih kerana membaca.

pertama kali saya ke Ho Chi Mihn City, Vietnam. Datang kesini sebab ramai orang cakap harga kain dan baju murah-murah. saya hanya datang untuk melihat sendiri kebenarannya.

Jika dibandingkan antara Bangkok, Bandung dan Ho Chi Mihn City, saya dapati harga boleh dikatakan murah tetapi kualiti masih boleh di bincangkan.

secara ringkas saya boleh katakan shopping untuk kain cotton, smocking dress dan baju kurung siap adalah antara barang-barang yang murah di Ho Chi Minh City jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang lain.

selain dari itu, ho chi minh city tidak lah mempunyai tarikan yang lebih menarik melainkan dari unik rekaan senibina bangunan lama yang ada di bandaraya tersebut yang mempunyai unsur-unsur eropah. pengaruh perancis sangat jelas dapat dilihat dibangunan lama tersebut.

tapi yang bagusnya, pemeriksaan imigresen sangatlah mudah dan tidak perlu mengisi kad masuk keluar (kad putih) macam ke thailand, indonesia dan singapura. Hanya berikan passport dan jalan.

Jika anda merancang untuk melancong ke ho chi minh city, vietnam, disini saya cuba untuk memberikan gambaran hampir tepat melalui pengalaman saya berada disana dari 2hb July 2012 hingga 4hb July 2012 yang lalu.

Bahasa.

Sangat-sangat sukar untuk meminta arah dari penduduk setempat atau kakitangan hotel termasuk hotel 5 bintang kerana tiada yang fasih berbahasa inggeris. Pemandu teksi hanya segelintir sahaja yang boleh berbahasa inggeris. Jadi pastikan anda telah cetak lokasi hendak dituju dan tunjukkan kepada pemandu teksi.

Tips: Rancang perjalanan lebih awal jika perlu. Jika tujuan ingin shopping pastikan lokasi hotel anda berdekatan district 1 untuk memudahkan mencari lokasi tempat-tempat anda ingin lawati. Cuma harga hotel sedikit tinggi berbanding lokasi lain di sebabkan dekat dengan kawasan2 tarikan pelancong.

Tips: Jangan risau membeli belah di Ben Than Market kerana ada peniaga yang boleh berbahasa Melayu dan English. Jadi hati2 bila berbual kerana meraka akan tahu kita dari mana dan silap2 susah nak dapatkan harga rendah.

Hotel.

Pelbagai hotel boleh dipilih mengikut citarasa dan kemampuan kewangan anda. Bagi yang tujuan utama anda untuk shopping saya cadangankan anda cari hotel di kawasan yang berdekatan dengan Ben Than Market atau District 1, kerana ini akan menjimatkan kos taxi anda dimana anda boleh berjalan kaki ke satu-satu tempat yang berdekatan.

Tips: Cari je hotel yang terletak berdepan Ben Than Market jika tujuan utama anda adalah shopping kerana siang dan malam mempunyai tarikan tersendiri dan tidak perlu anda habiskan banyak masa untuk berulang alik. Ada beberapa hotel yang memang terletak seberang jalan dari situ.

Pengangkutan.

Teksi merupakan yang paling utama. ada juga taxi motor yang lebih murah tetapi hanya muat untuk seorang setiap masa. ada beberapa syarikat teksi yang beroperasi disini dan selamat.

dari lapangan terbang ke district 1 atau ben than market kos adalah lebih kurang 200,000 vietnam dong, atau USD 10.00 atau RM 30.00.

Tips: apabila anda menggunakan taxi, hanya Vietnam Dong dan US Dollar sahaja yang laku diterima pemandu taxi.

Tips: Pemandu taxi akan menggunakan meter, dan pada meter diletakkan nilai dalam Vietnam Dong. Tetapi jika anda membayar menggunakan US Dollar sila pastikan anda ada carta tukaran wang terkini untuk mengelakkan pemandu tersebut menipu nilai tukaran dari Dong ke Dollar.

Tips: Jika meter menunjukkan contoh Dong 288,000 pemandu akan mengenapkan jumlah menjadi 300,000 Dong dan sebagainya. jadi bersiap sedia untuk tidak menerima baki wang anda. pastikan sentiasa ada wang kecil untuk menggunakan teksi.

AMARAN: Hanya Teksi yang berdaftar sahaja anda patut gunakan. Teksi-teksi ini banyak berada di Lapangan Terbang jadi senang untuk anda ingat dan mencari bila dibandar.

Jangan sekali-kali gunakan teksi yang ada cermin gelap kerana ini adalah teksi sapu yang suka menipu. Mereka ini banyak menunggu di depan Ben Than Market.

Paling mudah gunakan sahaja perkhidmatan Teksi Syarikat VENISUN contact number 38 27 27 27.


Makanan Halal.

Makanan Halal sedikit sukar di sini, tidak seperti di thailand. Ada beberapa restoran makanan halal tetapi setiap satunya terletak jauh antara satu sama lain. Bersedia untuk membayar harga sedikit mahal kerana nasi goreng kosong sepinggan sahaja berharga RM15.00 jika dikira tukaran wang asing.

Paling dekat dengan pasar ben than ialah Restoran VN Halal akan tetapi disini mahal jika dibandingkan dengan kedai Basiron. Kami dapat mencuba di VN Halal tetapi tidak kedai Basiron disebabkan kesuntukan masa.

Contoh: kami bertiga makan malam nasi, 2 lauk (ayam/ikan), sayur dan minuman dikenakan caj dalam RM 100.00 yang mana kalau biasa di KL paling mahal pun RM 30.00 di kedai tom yam. Jadi gunakan kebijaksanaan anda.

Tips: Bawa sedikit makanan kering atau makanan segera dalam beg anda semasa datang. Jangan risau jika beg anda terlalu besar, kerana beg tersebut juga boleh digunakan untuk memasukkan barang-barang yang telah anda borong.

Tips: Di kebanyakkan restoran matawang Dong, Dollar dan Ringgit diterima. Tetapi pastikan anda pasti berapa nilai tukaran wang semasa agar anda tidak di tipu.

Tips: Terletak di jalan Dong Du, District 1, dekat dengan Hotel Sheraton Saigon , ada beberapa restoran yang mempunyai tanda Halal. Di jalan itu juga terletak sebuah masjid yang agak sederhana dan senang untuk menunaikan solat. Jarak dari Ben Than Market lebih kurang 1km. Pilih untuk berjalan kaki atau menaiki Teksi yang mana Caj dlm 60,000 Dong.

Menikmati pemandangan.
  1. Jika anda ingin melihat pemandangan, tiada apa yang menarik dibandar ini selain senibina bangunan lama yang ditinggalkan penjajah. Dapat dilihat di serata bandar kehalusan senibina yang menarik.
  2. Untuk pemandang kawasan tanah tinggi, delta sungai atau pun pantai, anda perlu membuat tempahan dengan ajen untuk ke kawasan pendalaman yang agak jauh, lebih kurang 2 atau 4 jam perjalanan untuk lokasi yang paling dekat.
Tips: Muzium, shopping complex bertaraf antarabangsa, kompleks membeli belah antarabangsa, hard rock cafe, Ben Than Market, Night Market dan kedai-kedai menjual cenderatamata terletak dalam lingkungan 2km antara satu sama lain jika anda hanya berjalan di bandar ho chi min.

Shopping.

Baju kurung siap dan smocking dress amatlah murah. Kain cotton bergantung kepada corak/mutu. Kain Sutera tidak banyak jadi kami tidak membuat perbandingan.

Baju kurung siap sepasang harga sebelum tawaran adalah RM 60.00 ke 80.00 bergantung kepada jenis/design/batu-batu hiasan. Jadi gunakan skill anda untuk cuba membuat tawaran semurah yang boleh.

Smocking dress harga bermula RM 50.00 jadi tawarlah sehingga anda tidak mampu lagi membuat tawar menawar.

Kain cotton 4 meter bidang 60 anda boleh dapat dalam RM30.00 ke RM 50.00 juga bergantung kepada corak, mutu, jenis dan sebagainya bergantung kepada kemahuan anda.

Selain itu cenderata mata, t-shirt, kain cadar, lukisan dan pelbagai barangan hiasan bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Juga pelbagai topi terdapat disana. Mutu topi dan T-shirt bergantung pada pandangan anda dan saya tidak mahu memberikan pandangan kerana pada saya tidak ada yang menarik sangat seperti juga backpack yang dikatakan murah.

Tips: Matawang Dong, Dollar dan RM boleh digunakan di Ben Than Market. Tetapi saya mendapati mengunakan matawang Dong dapat memberi kelebihan jika anda mahukan tawaran lebih rendah, dan membeli dalam kuantiti yang banyak.

Tips: Sudah semestinya membeli dalam kuantiti yang banyak akan memberi anda peluang untuk mendapat harga yang lebih murah. Sebagai contoh, harga paling murah ditawarkan kepada kami untuk sepasang baju kurung siap adalah RM30.00 kami dapat serendah RM 24.00 untuk sepasang baju yang siap di sebabkan kami membeli sebanyak 20 pasang.

Tips: Jangan sekali-kali berbual dalam bahasa malaysia moden. sebab kebanyakkan penjual itu fasih dan faham berbahasa Malaysia. gunakan bahasa Inggeris atau bahasa negeri anda, contoh Kedah, Kelantan dan sebagainya. Ini memudahkan kita berbincang untuk mendapatkan lebih murah.

Saya harap informasi diatas dapat membantu anda jika melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam dan selamat berjalan :-).

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

antara restoran makanan halal di ho chi minh, vietnam

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com




carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com


carkey jalan. blogger.com


carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com



carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com



carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com



carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com

carkey jalan. blogger.com





carkey jalan. blogger.com