BANGKOK - pasar terapung

bezanya pasar ni kerana semua urusan dibuat atas bot, jadi itu uniknya. terletak 2 jam perjalanan dari bangkok pasar terapung ini lebih kepada untuk kita menikmati keunikan budaya masyarakat thai ini dan menikmati pemandangan sekitarnya.

selain dari itu segala barangan yang dijual boleh didapati di mana-mana dan pasar lain yang jauh lebih murah. jika anda inginkan pengalaman membeli-belah, memesan makanan dan makan diatas bot, inilah peluang untuk anda. cuma bau air yang kurang selesa membuatkan keseluruhan pengalaman itu kurang menarik.