HONG KONG - Ocean Park

selain disneyland taman tema ocean park juga antara tempat menarik untuk dilawati di hong kong. taman tema ini mempunyai kawasan yang sangat luas anda perlu menaiki kereta kabel untuk menghabiskan keseluruhan taman tema tersebut yan terbahagi kepada dua di sebabkan ada gunung di tengah-tengah taman tema tersebut.

terdapat pelbagai permainan untuk dipilih yang sesuai untuk semua peringkat umur. dari permainan yang tidak ekstrem hinggalah ke roller coster yang mencabar. semua permainan berbeza antara satu taman tema ke satu taman tema yang lain jadi sekiranya mendapat peluang, adalah baik untuk anda mencuba kesemuanya, jika berani.

cuma sewaktu kami disana waktu musim panas dan ramai rakyat dari negara china datang bercuti menjadikan kami terpaksa bersesak-sesak di kebanyakkan tempat untuk menyaksikan tarikan yang tersedia dan terpaksa beratur sehingga sejam lebih untuk dapat menaiki ride tersebut.

satu pengalaman yang memenatkan disebabkan cuaca waktu itu mencecah 40 degree celcius, jadi bayangkan lah bagaimana keadaannya.