KL -makanan korea halal di Ampang

ada satu lagi restoran makanan korea yang aku dah cuba yang mana harga dia  memang berpatutan kalau dibandingkan dengan restoran korea yang lain yang harga dah macam fine dining.

nama restoran ni Sweetree Restoran di no 30L, 1.42 Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang - phone 03-42517242. Taman Ampang Putra dekat dengan dengan kampung pandan dan ampang point, tapi kena masuk ke dalam sikit la. kat sini ada banyak kedai-kedai makan dan kedai ni sederet dengan 7-11. masukkan nama jalan ni dalam gps atau google map pasti jumpa. nanti aku update gps kordinate sebab masa pegi dulu aku belum ada gps he he he he.

paling menarik bagi aku sendiri ialah hiasan dalaman kedai ini seperti yang anda boleh lihat dalam gambar-gambar yang saya letakkan disini. dengan pelbagai sajian makanan asli korea, fusion campuran barat dan makanan malaysia menjadikan menu sesuai untuk seluruh keluarga dan kanak-kanak. jadi bagi yang mahu mencuba restoran korea halal, murah, dan ada perlbagai menu, restoran ini boleh di jadikan sebagai permulaan.