KL - ikan bakar murah dan sedap di Taman Melawati

KL memang banyak ada kedai menjual ikan bakar. yang popular seperti di jalan bellamy atau di lake garden ikan bakar tangling memang selalu disebut-sebut. tetapi jika anda berdekatan dengan kawasan MMR2, wangsa maju ataupun taman melawati lokasi seperti bellamy dan tanglin agak jauh untuk kesana. jadi jika anda berdekatan juga dengan zoo negara dan ingin mencari makan tengahari yang sedap dan harga berpatutan, kedai ikan bakar di medan selera taman melawati ini boleh dijadikan tempat makan anda.

Nama kedai ini IKAN BAKAR ARANG atau mak yam gerai no 13B. terletak di medan selera taman melawati sebelah dengan tapak pasar malam, pejabat jualan pemaju rumah sime darby dan tapak pusat membeli belah yang akan dibina. kawasan ini terletak di tengah-tengah pusat bandar taman melawati dan anda perlu masuk kedalam kerana jika dari MRR2 anda akan nampak maybank di depan, kawasan ini di belakang berdekatan dengan tempat buat IC, Jabatan Pendaftaran Negara.


tempat ni sempoi je, tapi yang penting masakan dia sedap, cuma yang tak ada ialah udang dan sotong bakar macam kat jalan bellamy tu, tapi yang ikan dan ayam bakar tu ada. ikan kembung, pari, keli dan lain-lain ada di bakar disini untuk pilihan anda. dan yang paling penting kuah cecah dia mestilah sedap dan lepas makan bau kuah cecah masih melekat di tangan anda dan yang penting segar dan sedap serta murah, itu paling penting.


dan disebabkan kedai ini terletak di medan selera bersebelahan dengan tapak pasar malam taman melawati, jadi parking tak jadi masalah sebab kawasan tu luas untuk meletak kereta jika kesini pada bila-bila masa. 

selamat mencuba :-)
pelbagai ulam tempatan disediakan, baik untuk kesihatan anda dan juga selera :-)
peria katak ni elok untuk orang kencing manis dan darah tinggi, makan ulam baik untuk kesihatan
semuanya dimasak di kedai, jadi rasa fresh dijamin, bukan dimasak awal dan makanan dah lama siap
ini pintu belakang dia, ada kawasan open air, malam-malam banyak kedai tom yam bukak
kalau datang dari arah tempat letak kereta terbuka ni, kedai kedua sini sebab ada dua kedai jual ikan bakar, yang sedap kedai kedua tu, tengok papan tanda ikan bakar arang.