KL - roti john sedap di Kg. Dato Keramat

memang nama dia tak mencerminkan kg dato keramat, tapi roti john titiwangsa ini yang terletak di jalan dato keramat, sebelah dengan sekolah rendah dato keramat dan di belakang masjid kg dato keramat memang tidak patut anda abaikan.

tiga perasa utama iaitu tuna, ayam dan daging roti john ini dimasak dengan pelbagai kombinasi seperti biasa, cheese, special dan cheese special di sertakan dengan frech fries dan dalam pilihan pendek (6inci) atau panjang (1kaki) memang memberi kelainan kepada peminat roti john dan makanan ringan.

tempat letak kereta yang luas, ruang meja makan yang boleh memuatkan 50 orang dan semestinya roti john yang sedap, saya tidak malu untuk mencadangkan kepada anda untuk mencuba sama seperti yang ditulis dalam akhbar berita harian tempohari. dan jika tidak puas, bungkus aje bawak balik macam saya buat.

dibuka setiap hari dari jam 4 petang hingga 12 malam dan tutup setiap ahad minggu kedua dan keempat, restoran roti john ni tak rugi untuk anda cuba.

jika anda sukar untuk mencari lokasi ini, kordinat gps ada saya sertakan dan jangan risau poket anda tidak akan rabak kerana restoran ini amat simple dan terletak di kampong dato keramat dan bukan di klcc :p....selamat mencuba :-)
TUNA CHEESE
DAGING SPECIAL