Temerloh - Makan MURAH dan SEDAP (ikan patin masak tempoyak)

memang terkenal di seluruh malaysia, masakan ikan patin tempoyak di temerloh sangat sedap dan ada yang pernah makan dan kena bayar harga yang tinggi dan tidak masuk akal. tetapi saya rasa jika anda tanya orang kampung di temerloh itu sendiri, mereka tidak akan makan di medan selera atau restoran terkenal di bandar temerloh disebabkan harga yang di jual tidak mampu untuk mereka bayar. juga rasa masakan tersebut tidak menepati citarasa orang kampung yang mahukan masakan asli.

di tempat ikan patin ini di bela dan di tangkap iaitu di kampung bangau yang terletak berdekatan bandar temerloh ini, jaraknya dalam 2 km dari bandar temerloh itu sendiri ada sebuah restoran kecil yang sungguh istimewa ini. kenapa restoran tepi jalan ini istimewa? sebab disinilah anda boleh makan ikan patin sampai puas dengan harga yang sangat murah tetapi sedap!!!

kami berkesempatan mencuba dan memang terkejut semua makanan nasi tengah hari untuk 12 dewasa dan 3 kanak-kanak kami hanya di kenakan caj RM75 untuk makan dan minum. memang harga ini kami tak percaya tetapi itulah jumlah yang di kenakan untuk kami semua yang makan masing-masing dari ikan patin tempoyak, ikan patin pais seekor, ikan lain-lain dan ayam goreng serta sayur, nasi dan air kesemuanya.

kedai ini juga menyediakan masakan ikan patin dalam pelbagai cara iaitu patin masak gulai tempoyak, patin pais bakar dan patin goreng pekasam. memang unik dan ini pertama kali kami semua mencubanya. dan memang kami tidak puas hinggakan terpaksa membungkus bawa balik pais ikan patin tersebut!!

nama restoran kampung ini ialah SELERA PATIN BANGAU dan kami akan jadikan restoran ini sajalah tempat makan kami jika kembali ke temerloh di masa-masa akan datang kerana selain sedap, kami juga tidak akan di tipu harga oleh pemilik restoran ini. mana lagi nak dapat seekor ikan patin saiz sederhana siap masak harga RM 20.00 seekor. (saya tak pernah jumpa lagi ada kedai lain jual ikan patin seekor pada harga murah seperti ini.)

untuk kesini anda boleh gunakan gps dan kordinatnya ada saya sertakan atau jika anda dari bandar temerloh, cari hotel seri malaysia, dari hotel tersebut jalan terus anda akan jumpa jambatan, lepas jambatan akan jumpa simpang 3, belok kiri dan selepas lebih kurang 1km anda akan nampak restoran ini yang berdekatan juga gerai-gerai menjual ikan patin segar.

dan di belakang restoran ini ialah sungai pahang yang mana juga anda akan dapat lihat banyak sangkar membela ikan patin yang anda akan makan di masak oleh pengusaha restoran kecil tetapi sangat sedap ini!! :-)