Tempat Makan di Lake Garden Kuala Lumpur

selain sebagai tempat beriadah, bersiar-siar, bersenam, berbasikal, bejalan kaki dan tumpuan pelancong Taman Botani Kuala Lumpur atau nama lamanyaTaman Tasik Perdana Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai lake garden juga mempunyai lokasi gerai makanan yang menarik. jika anda berkesempatan untuk melawat atau memandu ke kawasan tersebut anda boleh la mencuba untuk makan di beberapa lokasi yang saya selalu tuju.

yang paling popular adalah di jalan cenderasari. kawasan ini juga dikenali sebagai tanglin. berhadapan dengan klinik kesihatan anda akan nampak medan selera yang besar. pelbagai jenis masakan ada dijual dari nasi lemak, ikan bakar, lauk pauk dan segala masakan melayu sehinggalah gerai-gerai menjual tudung dan pakaian harian ada di sini hampir setiap hari. nasi lemak tanglin ini memang popular di sebelah pagi. tapi hati-hati bila memilih lauk supaya tidak terkejut dengan harganya.


untuk makan tengahari ikan bakar dan segala macam lauk campur ada disediakan untuk dijadikan sajian pilihan anda. harga berpatutan dan rasa boleh tahan. air asam memang enak dan bersedia untuk amik masa mencuci tangan di sebabkan bau air asam yang kuat walaupun selepas anda makan. harga masih dikira berpatutan. selain itu anda juga boleh mencuba pelbagai gerai dan van bergerak yang menjual pelbagai makanan tempatan untuk citarasa anda.


selain dari disini satu lagi lokasi medan selera yang lebih kecil dan menjual mee sup, laksa dan pelbagai lagi makanan melayu ada terletak di hujung jalan cenderamulia selepas kelab taman perdana diraja ataupun royal lake club dan panggung anniversari. kawasan ini sedikit terpencil dan tidak ramai pengunjung yang tahu. menariknya di sini tempat letak kereta yang luas, ada tandas dan taman permainan kanak-kanak dengan harga yang ditawarkan lebih murah menjadikan iainya lokasi paling menarik di taman tasik perdana kuala lumpur.


selamat mencuba :-)